PERLEMBAGAAN KELAB HI-Y SMK SACRED HEART

 

1.        NAMA DAN ALAMAT

Kelab ini akan dinamakan Kelab Hi-Y SMK Sacred Heart, Sibu. Alamat kelab ini adalah SMK Sacred Heart, km 3, Jalan Oya, 96000 Sibu.

 

2.        MATLAMAT

           2.1   Untuk meningkatkan nilai perkhidmatan antara pemuda pemudi dalam

                   masyarakat yang dapat mengembangkan kualiti individu dalam aspek

                   badan, minda dan jiwa.

 

3.        OBJEKTIF

           3.1  Memupukkan semangat cinta akan agama.

           3.2  Melahirkan pemuda pemudi yang dapat mengembangkan kualiti individu

                  dalam aspek badan, minda dan jiwa.

 

4.     KEAHLIAN

         4.1  Dibuka kepada pelajar sesi pagi sahaja, kecuali yang beragama Islam.

 

5.     GURU PENASIHAT

        5.1  Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

        5.2  Penasihat juga boleh dipilih dari badan YMCA yang disyorkan.

        5.3  Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dan mempunyai kuasa mutlak

               merancang, melaksana atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan

               perlu.

       5.4   Guru Penasihat hendaklah sentiasa hadir dan bersama-sama ahli-ahli

               semasa aktiviti dijalankan.

       5.5   Guru penasihat mempunyai kuasa membuat penilaian kokurikulum.

 

6.     AHLI JAWATANKUASA

        6.1  Dilantik semasa Mesyuarat Agung Tahunan.

        6.2  Ahli yang hadir semasa Mesyuarat Agung Tahunan sahaja yang layak

               dicalonkan.

        6.3  Pemilihan AJK secra undian.

        6.4  Keputusan muktamad di tangan AJK lama dan Guru Penasihat.

        6.5  Jawatan yang dicalonkan adalah:

                            Pengerusi

                            Timbalan Pengerusi

                            Setiausaha

                            Bendahari

                            9 AJK / Directors

                            2 wakil MPPK

      6.6  Ahli yang ingin meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakan

             jawatan Pengerusi dan Guru Penasihat.

 

7.      KEHADIRAN / PENGLIBATAN

         7.1  Kehadiran adalah wajib untuk semua ahli.

        7.2   Ahli kelab hendaklah meminta tanda tangan Guru Penasihat untuk

                diturunkan pada kad kokurikulum selepas setiap aktiviti.

 

8.     AKTIVITI

         8.1   Dijalankan seperti yang dirancangkan dalam PSPTPO.

         8.2   Harus mempunyai sekurang-kurangnya 12 aktiviti wajib untuk tahun

                penilaian.

  

9.     PERATURAN-PERATURAN

        9.1   Peraturan-peraturan sekolah adlah peraturan asas yang harus dipatuhi.

        9.2   Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

        9.3   Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan seperti

                amaran bertulis atau amaran lisan.

    

10.    KEWANGAN

         10.1   Sumber utama kewangan adalah melalui hasil aktiviti jualan.

         10.2   Belanjawan untuk aktiviti diserahkan kepada Penolong Kanan

                   Kokurikulum di  awal tahun.

.        10.3   Kelulusan belanjawan ditentukan oleh pihak pentadbir sekolah.

 

11.    PINDAAN PERLEMBAGAAN

        11.1   Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda

                  mengikut keadaan.

        11.2  Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, AJK dengan

                 makluman kepada Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

 

12.    HAL-HAL LAIN

        12.1  Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti

                 yang dijalankan.

        12.2  Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh

                 minat.                  

 

 

Disediakan oleh                                                                          Disahkan oleh

HII HIE PING                                                                             ADELINE BUKONG

Setiausaha                                                                                  Guru Penasihat

 

 

Voog. Make a website.